Showing posts with label ECZEMA. Show all posts
Showing posts with label ECZEMA. Show all posts

Friday, November 15, 2024

APAKAH PUNCA PENYAKIT EKZEMA ?

EKZEMA berpunca daripada gabungan pelbagai faktor seperti faktor asas dan faktor pencetus. Faktor asas ialah faktor yang tidak boleh dielakkan seperti genetik atau keturunan.  Faktor genetik dapat menjelaskan mengapa ekzema hanya dialami oleh segelintir orang dan bukan semua orang. 

Kulit terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan yang paling atas boleh diibaratkan seperti dinding yang melindungi keseluruhan badan. Punca genetik menyebabkan lapisan ini hilang daya pelindung dan memberi peluang kepada organisma serta bahan kimia dari luar untuk menembusinya.  Ini merupakan titik permulaan kepada ekzema.

Sistem keimunan pesakit ekzema juga bertindak balas secara berbeza. Ini tidak bermaksud sistem ini lemah, tidak aktif atau terlalu aktif. Ianya masih normal tetapi bertindak secara berlainan dari biasa terhadap rangsangan unsur-unsur dari luar dan dalam badan.

Terdapat juga penyakit-penyakit genetik yang berhubung kait dengan penyakit ekzema. Antaranya adalah seperti berikut:-

  1. Resdung (allergic rhinitis) (kerap bersin dan hidung berair sewaktu sejuk atau berhabuk, hidung gatal)
  2. Allergic conjunctivitis (mata merah, berair dan gatal terutama apabila terdedah kepada habuk)
  3. Gegata (urticaria)
  4. Lelah/ asma (asthma)

Kerapkali, ekzema yang tidak serius mungkin tidak akan disedari kerana impaknya yang ringan. Contoh manifestasi ekzema ringan adalah seperti kelemumur, tumit merekah, bibir kering, tompokan kulit kering pada kaki dan tangan serta kulit sensitive seperti gigitan nyamuk mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Faktor pencetus ekzema pula ialah faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu episod ekzema itu timbul atau menjadi aktif.  Faktor-faktor pencentus ekzema lazimnya melibatkan persekitaran dan dapat dielakkan. Berikut adalah berberapa contoh pencetus ekzema:

  1. Rengsa (irritant) seperti cuaca yang panas dan berpeluh atau cuaca yang sejuk dan kering (penggunaan pendingin hawa yang berpanjanganan, fabrik pakaian yang kasar atau sabun yang mengadungi bahan pencuci (detergent) yang kuat)
  2. Tekanan dari segi mental atau fizikal juga boleh mencetuskan ekzema
  3. Allahan (allergy) seperti hama habuk (house dust mite), bulu dari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dan debunga
  4. Kuman staphylococcus yang terdapat pada kulit dapat mencetus ekzema. Bakteria ini dapat menembusi lapisan dinding kulit yang telah hilang daya pelindung dan menyebabkan kerosakan. Kulit ekzema juga lebih mudah terjangkit dengan virus.
  5. Menggaru. Ekzema menyebabkan kulit menjadi gatal. Tindakan menggaru kulit menyebabkan penghasilan histamine dalam badan yang menjadikan seseorang itu merasa lebih gatal. Menggaru juga boleh menyebabkan kulit melecet yang memberi peluang kepada kuman menembusi kulit dan menyebabkan jangkitan.
  6. Makanan jarang menjadi penyebab ekzema. Sekiranya makanan adalah pencetus kepada ekzema, keadaan kulit akan menjadi lebih teruk secara tiba-tiba (dalam masa 24 hingga 48 jam) selepas makan makanan tersebut. Ekzema yang berpunca daripada alahan boleh sembuh sepenuhnya jika punca alahan tersebut dapat di kenal pasti dan dielakkan. 
Di Najlaa Baby Skincare pesakit kami menggunakan rangkaian Set Kulit Sensitif untuk mengurangkan simptom Ekzema. Set ini mengandungi 1) Sooth (Herbal) Cream, 2) Serum Collagen 3) Fresh Moisturizing Soap atau Multiwash. Jomm baca apa kata mereka: 

Untuk Order Klik : SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA






Sumber: UKM

Thursday, November 14, 2024

APAKAH PENYAKIT EKZEMA DAN SIMPTOM-SIMPTOMNYA ?

EKZEMA atau dermatitis ialah sejenis penyakit radang kulit yang sangat lazim ditemui dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Penyakit ekzema berkait rapat dengan faktor genetik dan kerap berlaku dalam kalangan ahli keluarga yang sama. Faktor genetik menyebabkan kulit mengalami kerosakan, tindak balas sistem keimunan yang berbeza seterusnya, menyebabkan kulit hilang fungsi sebagai pelindung, berlaku alahan (allergy) dan rengsa (irritation).

Tanda-tanda ekzema di kulit agak berbeza bergantung kepada jenis ekzema. Kawasan kulit yang terjejas oleh ekzema juga berbeza mengikut jenis ekzema. Antara sifat utama penyakit ini ialah menyebabkan kulit berasa sangat gatal dan merah. Ruam berbiji atau berair mungkin dialami pada bahagian muka, kulit yang berlipat seperti leher, depan siku dan belakang lutut. Kulit juga akan kelihatan kering. 

Secara umumnya, ekzema terbahagi kepada 3 jenis. PERTAMAnya, ekzema yang berpunca daripada faktor genetik dan tidak mempunyai kaitan dengan alahan (contoh, atopic eczema/ atopic dermatitis), di mana ekzema sendiri merupakan sejenis penyakit. Atopic eczema atau infantile eczema dan seborrheic eczema ialah jenis ekzema yang paling lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak. 

KeDUA, ekzema yang berpunca daripada alahan sama ada makanan atau  sentuhan dengan sesuatu bahan yang menyebabkan ruam. Contohnya, minyak wangi atau sabun allergic dermatitis. Jenis ekzema yang keTIGA, berpunca daripada gabungan jenis ekzema pertama dan kedua. Jenis ekzema seperti, seborrheic eczema, hand and feet eczema dan stasis eczema lebih kerap berlaku dalam kalangan dewasa. Manakala steatotic eczema dan stasis eczema lebih kerap berlaku dalam kalangan warga tua.

Pengguna kami di Najlaa Baby Skincare menggunakan rangkaian Set Kulit Sensitif untuk membantu meredakan simptom Eczema. Set ini mengandungi 3 items 1) Sooth (Herbal) Cream 2) Serum Collagen 3) Fresh Moisturizing Soap atau Multiwash. Berikut adalah kata mereka tentang penggunaan produk:

Untuk Order Klik : SENARAI AGEN & STOKIS NAJLAA




Sumber : UKM