PUNCA KAHAK
KENALI JENIS KAHAK BAYI
Perubahan warna pada lendir
Memahami perubahan pada warna lendir juga penting sebelum anda mengetahui cara buang kahak bayi. Inilah yang perlu diperhatikan:
- Lendir JERNIH- Bayi dalam keadaan baik
- Lendir PUTIH atau KELABU yang lebih pekat- Mungkin okay atau mungkin disebabkan oleh kesesakan sinus (sinus congestion)
- Lendir KUNING- Bayi mungkin mengalami selesema ringan atau mengalami dehidrasi
- Lendir hijau hingga coklat- Ini boleh membimbangkan kerana jangkitan bakteria atau virus boleh mengubah lendir menjadi warna kehijauan
- Lendir merah atau coklat- Bayi mungkin mempunyai darah atau kotoran dalam lendirnya dan perlu diperiksa segera
AKIBAT KAHAK PADA BAYI
BUANG KAHAK DENGAN SUCTION BULB (PENYEDUT HINGUS)
- Basuh suction Bulb dengan air panas untuk pastikan sterile. Tangan anda juga bersih
- Letakkan bayi dalam kedudukan kepala lebih rendah daripada dada mereka.
- Jauhkan penyedut daripada muka bayi dan picit keluar udara di dalamnya.
- Masih dalam posisi memicit penyedut, perlahan-lahan letakkan bahagian hujungnya ke dalam lubang hidung bayi atau bahagian dalam mulut si kecil. Jangan masukkan hujung penyedut terlalu dalam.
- Perlahan-lahan buka picitan pada penyedut – apabila udara disedut ke dalam, lendir atau kahak baby newborn juga akan ditarik bersama.
- Kosongkan penyedut dengan memicit keluar lendir di dalam mangkuk atau sinki. Bersihkan penyedut dengan menyedut dan memerah air steril beberapa kali.
- Ulangi langkah sama (4 hingga 6) pada bahagian lubang hidung atau mulut bayi yang lain.
- Bersihkan suction bulb dengan menggunakan air mendidih selepas selesai dan pastikan ia dikeringkan sepenuhnya untuk penyimpanan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.
BUANG KAHAK DENGAN TEKNIK PERCUSSION
- Baringkan bayi secara meniarap di atas lutut atau anda juga boleh meletakkan bayi dalam kedudukan duduk mencondong 30° ke hadapan.
- Lakukan tepukan perlahan belakang badan mereka dengan tangan yang ditekup.
- Semasa menepuk, pastikan anda hanya menepuk pada bahagian paru-paru dan elakkan menepuk bahagian tulang belakang atau perut si kecil.
